Monday, September 15, 2014

Pengalaman Second Pro Exam MBBS

Assalamualaikum,
Rasanya usia makin meningkat, kematangan juga perlu selari seiring. Ye tak? Oleh itu, post-post sebelum ni terpaksa disembunyikan. Tak pepasal, nampak childish sangat. Kembali berbicara berkaitan Pro Exam terakhir sebagai pelajar MBBS.

Hampir sebulan Study Week mungkin dilihat sebagai satu tempoh yang lama, tapi bagi empunya badan yang perlu ulangkaji pelajaran yang 3 tahun + 2 tahun (basic) memang tidak pernah cukup. Bangun pagi belajar, petang study group, dan malam terus belajar. Mungkin ini kehidupan pelajar perubatan yang sebenar. Tapi, makan tetap makan.

Hari pertama : Jumaat
Paper hari pertama - Problem Based Exam. 1 soalan dari Internal Medicine (Superior Vena Cava Obstruction Secondary to Non Hodgkin Lymphoma), 1 soalan dar Psychiatry (Bipolar Mood Disorder), 1 soalan dari Obstetric and Gynaecology (Severe Pre-Eclampsia) dan soalan terakhir dari Surgery (Breast cancer).
Setiap soalan diberi masa 1jam untuk menjawab. Tetapi, setiap 20minit kertas soalan (trigger) akan diberi dan jawapan yg sebelum itu diambil hingga cukup 3 kali. Kemudian soalan dari department lain pula akan diberi.

Petang Jumaat pula ada OSCE
Exam ini memerlukan pemikiran yang tangkas dan cepat. Anda diberi 20 stations yg berSoalan, dan beberapa Rest stations tanpa soalan. Setiap station hanya diberi 2minit untuk menjawab soalan dan apabila loceng berbunyi anda perlu beransur ke station seterusnya.

Hari kedua : Isnin
Pada hari ini ada dua set soalan diberi (Medical based & Surgical based)
60 soalan bersama 5 anak soalan setiapnya (jumlah = 300 soalan). Hanya True atau False! Nampak mudan kan, seolah-olah zaman sekolah rendah. Tapi, jangan tertipu! Setiap soalan yg betul and diberi 1 markah. Setiap soalan yang salah, tiada markah diberi TETAPI 1 markah akan ditolak. Ini sangat gerun, kadang-kadang kita leka menjawab banyak tapi kita juga lupa berapa banyak markah akan dipotong kalau salah. Untuk selamat, jawab bila betul-betul yakin sahaja. Biarlah jumlah kita jawab 160 soalan sahaja asalkan kita yakin.

Seterusnya, OBA (One Best Answer), setiap set hanya ada 10 soalan sahaja. Tetapi pemilihan jawapan sangat lah keliru kerana semua Betul, kita perlu memilih yang mana Paling Betul.

Bayangkan, dalam sehari kita perlu menjawab
300 soalan X 2set = 600soalan.
10 soalan X 2set = 20soalan.

Letih.. letih.. letih hanya Allah sahaja yang tahu.

Seterusnya Clinical Exam. Ini lah sebenarnya apa yang digeruni, ditakuti dan segalanya. semua pelajar akan dibahagi kepada 3 hari (Selasa, Rabu dan Khamis). Kalau dapat hari pertama, akan rasa penat sebab baru sahaja habis peperiksaan bertulis. Banyak reaksi yang kita dapat lihat bagi mereka yang dapat hari pertama. Ada yang Nangis, ada yg Gelak tapi hati tertekan dan berbagai lagi ragam.

Alhamdulillah, aku pulak terpilih untuk hari ke 3, memang lama menunggu! Banyak persiapan akan orang lain expect kita buat. Tapi, yang paling sedih bila kawan-kawan lain sudah pulang kegembiraan habis exam, kita mampu menangis dalam hati. Pengalaman aku, Selasa masih boleh gembira, Rabu pagi masih boleh berjalan seperti biasa, tidak bagi petang Rabu. Diri ini bagaikan longlai umpama banduan yang berjalan ke tali gantung. Allah.. Allah.. Hanya Dia sahaja aku bergantung. Senyuman makin pudar di bibir.

Hari ketiga : Khamis (Clinical Exam)

Sampai saja di Jalan Hospital Campus, terus naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik Kuarantin. MasyaAllah.. masa ini masing-masing muka gerun/cuak. Senyum hanya di bibir tapi bukan di hati. Masa ini hanya berdoa, " Ya Allah, berikan aku kes-kes yang mudah dan aku sudah baca ". Datang Mr Shahidan (orthopaedic surgeon) masuk ke bilik untuk beri sedikit klu berkaitan kes yang datang untuk hari ini. Ada sedikit lawak untuk hilangkan gentar kami. Tapi, tetap la tidak mampu melawan perasaan takut semua ini. HeHeHe..

Kemudian kami di beri setiap seorang Usher untuk menjaga kami sepanjang proses Clerking dan membantu andai ada sebarang masalah sepanjang proses exam berjalan. Aku di bawak ke Bilik 4. Masa nak masuk ke dalam bilik, berdoa jugak jangan lah dapat kes Orthopaedic. Macam Surprise plak... Masuk saja ke dalam bilik ternampak 2 orang (seorang lelaki dan seorang perempuan).

*Usher start tekan jam dan saya diberi selama sejam sahaja*
A (aku) : Assalamualaikum.
P (pesakit) : Waalaikumsalam Dr Hisham.
A : Maaf encik, saya Syahmi pelajar perubatan UIA, Hari ini exam terakhir saya untuk menentukan saya menjadi seorang doktor. Saya harap encik boleh beri kerjasama kepada saya dan doa saya berjaya jadi doktor ye *ini skrip wajib saya setiap kali exam clinical* Boleh saya tahu Doktor mana yang call encik untuk datang hari ini ye? (ini sebenarnya untuk dapat tahu kes dari department mana)
P : Oh.. inshaAllah. Dr Hisham yang panggil saya datang ke sini.
A : Dr Hisham bahagian pembedahan ye encik?
P : Ya.. ya..

* Terus bermula sesi temu ramah bersama patient tersebut dan isteri beliau. Alhamdulillah, pesakit sangat co-operative dan banyak membantu. Kadang-kadang terlari topik bersembang sahaja tanpa tahu waktu makin suntuk. HaHaHaHa *padan muka sendiri*

Sedar tidak sedar, hanya tinggal 10 minit sahaja untuk membuat pemeriksaan menyeluruh badan pesakit aku ini. Alhamdulillah, Allah sentiasa membantu dan Usher jugak membantu saya mendapatkan gloves dan gel untuk pemeriksaan bahagian dubur.

Untuk pengetahuan semua, pesakit saya menghidapi Colorectal Malignancy atau Kanser Usus. Tak pernah expect akan mendapat kes ini kerana hari-hari exam clinical sebelum khamis, tiada kawan yang mendapat kes seperti ini.

 Sejam sudah berlalu, jam randik jugak mula berbunyi. Bermula debaran seterusnya dimana aku dibawa oleh Usher ke bilik "presenting case with examiners". Tunggu and tunggu.. Alhamdulillah sempat jugak untuk membetulkan history pesakit aku yang mana perlu. Then, runner (Dr Fahmi, Anaesthesiologist) memanggil aku masuk ke bilik tersebut. Buka saja pintu dengan muka yakin sekali..

Jeng.. Jeng... Jeng..

Aku lihat 4 orang examiner, 3 dengan wajah penuh senyuman dan seorang yang berwajah agak serius. HeHeHe. Hanya seorang sahaja examiner yang aku kenal, Pakar Perunding bahagian Respiratory IIUM (Prof How). Selebihnya examiner luar. Fuhsss! Salah seorang examiner tersebut memperkenalkan diri sebagai Pakar Bedah Pusat Perubatan UKM, Pakar Perunding Kanak-kanan dan juga penulis Paediatric Protocol (Dato' Dr Imam) dan seorang Pakar Sakit Puan HTAA, Kuantan.

Pakar Bedah PPUKM lead the session,
"Ok Syahmi, are u ready to tell us regarding your patient?"
" Yes.. bla bla blaaa.... present part presenting complaint"
Beliau bertanya "what do you think this patient have?"
" Intestinal Obstruction(IO) secondary to colorectal malignancy (left sided)"
" Why you said IO? what the most important history you should ask?"
" errrr.." I just repeat all four cardinal symptoms of IO with explaination.
" Yes syahmi. Ok others?"
Oh.. man! I'm stuck with this question. *Panic tapi sebab examiner sgt cool, I can calm myself*
Aku mula melihat wajah setiap examiner yang lain untuk dapat kan pertolongan. Tetapi semua berwajah slumber tanpa tolong. HaHaHa. "I'm sorry Dr, not sure."
"Oraite.. for example bacteria in gut, they will produce what?"
"Gas Dr"
"then, what the patient or we as normal people produce?"
*argghhhhhh.. thought block! mula lagi tengok wajah-wajah examiner lain. Lucky me! Prof How undur sedikit kerusi ke belakang and buat sign mulut "FLATUS"*
"Yes, Flatus"

"Ok Syahmi, can you continue present others history"
"bla.. blaa.. bla... bla... done present others history up to social history"

"so? i think you didn't mention about diet history. Ok, in case I give you an opportunity to ask question? what you want to ask?"
"regarding red meat and high fiber diets"
"Yes, that is most important history. Based on your systemic review of genitourinary system, why you ask regarding foul smelly urine?"
" I ask because malignancy can cause fistula to bladder, and patient can presented with this problem"
"do you think its common?"
" *masa ini hanya fikir, jangan lawan examiner.. jangan sesekali!* less common."
"so what do you think more important for this patient? (concern about patient's age 62 years old)"
" I really concern about Benign Prostate Hyperplasia (BPH) ,and I already ask patient regarding obtructive and irritative symptoms which patient denied all the symptoms"
"Great, that will be the most important regarding this patient. Do you want to bring us to your patient?"
"Yes Dr, *bawa la semua empat examiner ke bilik pesakit*"
"So, can you present your findings without looking at your notes"
"show me how you look for sign of anemia? tell me your estimated Hb level?"
"Explain me more about stoma bag. How do you differentiate between colostomy and ileostomy?, what else you examine?"
" i did per rectal examination"
"I just comment on empty bowel (memang la kan, dah my patient buat emergency colostomy.. hahaha..) the explained regarding enlarge prostate and compare between BPH and Prostate cancer"

Then, examiner bawa balik ke bilik tadi.. Fuhsss..


"In case, you are the first doctor attend this patient, can you tell us how you want to manage this patient?"
"bla bla bla segala jenis investigation"
"Is there any other blood investigation?"
"errrrr.. tumour marker which important to monitor the effectiveness of our management"
"Yesss.. tell me others investigation usually we did?"
"colonoscopy"
"Oraite! tell me how you prepare the patient?"
"bla bla blaaa.. "

"Ok, in case patient underwent surgery. You are the only houseman incharge and your MO ask you to review the patient. what you want to monitor."

tett tett.. tett tett.. tett tett.. *yeay! jam dah bunyi bermakna sudah habis masa.. settle.*

"its ok, you can tell us. never mind about time." HaHaHaHa
"bla.. bla.. blaa..."
"ok.. others?"
" *lama menyepi* Sorry Dr I'm not sure"
"Its Ok, thank you very much Syahmi. Good Luck for your short cases"
*Hanya senyum sahaja yang mampu*


Kemudian, Usher bawa aku ke bahagian short cases.
Masuk je bilik, One of examiner greet me.
"Hye. I'm Dr Ariffin Paediatrician. What is your name and Matric No?"
"Syahmi Fikri, 0911275"
"What case you get for your long case?"
"Surgical, colorectal cancer"
"Ouh.. So, Macam mana? Ok?"
"Alhamdulillah.. *senyum*"

Then, keluar another 3 examiners. Yang 3 ni semua familiar. Dato' Dr Sapari (Consultant and Head of Department of Internal Medicine HTAA), Prof Azmi (Pakar Bedah IIUM dan juga Dekan Kulliyyah of Medicine IIUM) dan Prof Zalina (Pakar Sakit Puan IIUM). Fuhssss..

1st Short case.
Paediatric. (Dr Ariffin)

Patient tengah makan, then he dont want to move from his position
"tell me the patient's position"
"frog like position *cakap slow betul masa ni "
"What?"
*Aduh, salah ke aku jawab nih? Adakah aku membinatangkan pesakit ini *getus hatiku*
"What? Tell me about this patient position"
"errrr.. sorry I'm not sure"
"This is frog like position.. So, what system you expect to do?"
"CNS.. and terus proceed! *errr.. kenapa findings aku tak boleh nak tally dengan differential diagnosis aku nih*"
Then, examiner ask regarding basic anatomy, and CNS.

*masa ini hanya mampu berzikir dalam hati.. cepatlah masa berlalu 10minit dan gerak ke patient seterusnya*

Tett tett.. tett tett.. tett tett....

2nd short case
Internal Medicine (Dato' Dr Sapari)

"Inspect this patient and tell me what do you want to examine"
"Abdomen grossly distended. i would like to proceed with abdominal examination"

do general, then last part pitting oedema. Aku tekan above knee at bony prominence.
Terus Dato' Sapari cakap "Dr mana la ajar dia nia buat macam tuh.. "
*Ya Allah, salah ke? Some consultant ajar palpate this way before proceed to Sacral.. tapi ingat! Dont argue with your examiner*

Then present..
"What is your differential diagnosis?"
"Massive ascites secondary to Chronic Liver Disease"
"What cause CLD?"
"bla bla blaa.."
"What do you think about this patient?"
"Sorry Dr, i forgot to check fo Dupuytren's contracture and parotid swelling"
"Ok, dont touch patient and inspect"
"I think, it is not because of Alcohol. i would like to look for injection marks and tattoos. But i cant find any"
"try inspect this vessels.."
"oh yea.. i think most probably due to hepatitis"
"yes.. Investigation?"
"bla bla bla...."

Tett tett.. tett tett.. Tett tett..

3rd short case
Obstetric. (Prof Zalina)

"Ok Syahmi, this patient POA 28weeks.. Examine this patient and do running commentary"
" *Examine patient sambil showmanship tinggi punya..* Patient SFH 35weeks.."
" How about clinical fundal height?"
"Sorry Dr, Forgot to calculate.. mula kembali ukur dengan pertolongan Prof Zalina.."
"So, What you think this patient have?"
"Uterus larger than date"
"Yes.. Ok proceed"
"*Oh mannn.. i cant palpate fetal part. *dalam takut dan gembira pada masa yang sama, aku beritahu Prof bahawa aku tak dapat rasa fetus"
"really? So, what do you think?"
" Most probably Polyhydramnions.."
Yeahhhhhh.. Betul! Then Prof tanya berkaitan causes of Uterus larger than date, Cause of polyhydramnions, Production of amniotic fluids, Berkaitan Gestational Diabetes Mellitus (Kencing Manis semasa mengandung)..

Alhamdulillah. Prof betul-betul nak bantu masa ni. Memang happy sangat.. Thanks Prof =)

Tett tett.. Tett tett.. Tett tett..

Yeay settle semua. Rasa bahagia sangat tapi pada masa yang sama takut jugak kena re-exam. Aku dibawa berkumpul dalam satu bilik untuk menunggu keputusan sama ada perlu re-exam atau tidak. Yeahhhh! Im not selected for re-exam.. kemudian aku dibenarkan pulang dan tunggu keputusan yang akan di umumkan petang tu jugak..

Pulang ke bilik dengan rasa bersalah.. Hati mana tidak resah, sebentar lagi kena datang untuk pengumuman keputusan Pro Exam..

Ahhh.. itu saja kisah suka duka debaran nak Exam. Serius! kalau boleh tak nak lalui exam camni lagi. Tapi, still kena ingat la kan.. pembelajaran akan berterusan dari masa ke masa. =_=


2 comments:

Anonymous said...

inspiring story! yet it made me sooooooooo nervous for my upcoming pro exam huhu.

Dewi Aja said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)